SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI : SAY WHAT YOU DO, DO WHAT YOU SAY PEMANTAPAN PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

21 January 2014

Tahniah Sekolah Yang Dicalonkan Menerima Baiah

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.


1. Pihak Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam mengucapkan tahniah dan syabas kepada sekolah yang telah terpilih sebagai calon penerima baiah hasil daripada pengisian PKS SKPM bagi sekolah rendah yang lalu.

2. Sekolah tersebut ialah SK Tanjong Jawa, SJKT Ladang Sabak Bernam dan SJKT Ladang Sungai Bernam. Guru besar telah diberi taklimat pada 21.1.2014 di Pusat Latihan JPNS berkaitan prosedur seterusnya bagi memastikan sekolah melepasi verifikasi yang akan dilaksanakan oleh pihak JNJK tidak lama lagi.

3. Besarlah harapan PPDSB agar kesemua sekolah yang dicalonkan dapat membuat persediaan rapi bagi memastikan sekolah dapat menerima baiah yang sudah pastinya akan menggembirakan semua pihak.

Syabas dan tahniah.