SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI : SAY WHAT YOU DO, DO WHAT YOU SAY PEMANTAPAN PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

17 February 2014

Jelajah SPSK 2014

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.


1. Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) masih diteruskan di semua sekolah di negeri Selangor, berdasarkan keputusan yang telah dibuat oleh pihak pengurusan tertinggi Jabatan Pendidikan Selangor melalui Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan tahun 2013 yang lalu.

2. Pihak PPD Sabak Bernam mengambil inisiatif untuk memberi penerangan dan taklimat pelaksanaan SPSK kepada semua sekolah mengikut zon-zon Pusat Kegiatan Guru. Ini bermakna sesi taklimat SPSK akan dilaksanakan sebanyak 5 kali, bermula bagi sekolah-sekolah ahli PKG Pasir Panjang pada 19.2.2014.

3. Untuk makluman, SPSK telah dilaksanakan di semua sekolah negeri Selangor pada tahun 2012. Rujuk di sini, di sini dan di sini.

4. PPD Sabak Bernam melalui Unit Pengurusan Kualiti diminta mendapatkan maklum balas dari sekolah berkaitan pelaksanaan SPSK sekolah-sekolah daerah. Di samping itu, sesi bimbingan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan menyeluruh.

5. Entri pada kali ini bertujuan menjelaskan kepada sekolah tentang pengurusan sesi taklimat yang akan dijalankan di PKG-PKG daerah Sabak Bernam. 

6. Taklimat tersebut akan dihadiri oleh Pengurus Kualiti Sekolah dan Ketua Juru Audit Dalam Sekolah. Untuk mengetahui siapa Pengurus Kualiti dan Ketua Juru Audit Sekolah, sila rujuk Manual Kualiti SPSK muka surat 15 hingga 17 dan muka surat 46. Rujuk juga di sini

7. Sekolah juga diminta membawa Fail Putih SPSK Sekolah yang telah diwujudkan ekoran daripada arahan pelaksanaan SPSK di sekolah. Rujuk di sini dan di sini. Penggunaan Sistem Kelasifikasi Fail Arkib Negara juga telah memasukkan SPSK sebagai salah satu fail yang wajib dibuka, rujuk Kelasifikasi Fail Sekolah Transaksi dan Deskripsi muka surat 17. Nombor pendaftaran fail yang telah ditetapkan bagi SPSK ialah 100-11/8/2. Fail ini seharusnya mengandungi surat-surat rasmi berkaitan pelaksanaan SPSK, dari pihak luar dan kepada guru-guru sekolah. Fail tegak yang menempatkan dokumen sokongan pelaksanaan SPSK dan carta organisasi Pasukan Petugas Kualiti Sekolah (PPK) juga hendaklah dibawa bersama-sama.

8. Bagi melihat pelaksanaan SPSK bagi tahun 2013, pihak sekolah diminta membawa cetakan Laporan Pelaksanaan SPSK Tahun 2013. Sekolah bebas menyediakan laporan apa yang telah dilaksanakan pada tahun 2013 berdasarkan perancangan yang telah dibuat. Pembentangan oleh Pengurus Kualiti Sekolah membuka ruang perbincangan dan berkongsi pengalaman bagi memantapkan SPSK sekolah.

9. PPD juga ingin melihat perancangan SPSK sekolah bagi tahun 2014. Format perancangan SPSK boleh di muat turun di sini.

Semoga penerangan ini memberi penjelasan kepada sekolah supaya taklimat yang akan diadakan mencapai matlamat yang diharapkan.

Terima kasih.

Jadual Jelajah SPSK 2014
==================
1. Zon PKG Pasir Panjang       - 19.2.2014
2. Zon PKG Sungai Besar        - 4.3.2014
3. Zon PKG Batu 38                - 12.3.2014
4. Zon PKG Sabak Bernam      - 13.3.2014
5. Zon PKG Sg. Air Tawar       - 14.3.2014