SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI : SAY WHAT YOU DO, DO WHAT YOU SAY PEMANTAPAN PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

12 September 2014

Audit Pemantauan SIRIM Di PPD Sabak Bernam

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.


Dimaklumkan bahawa Sistem Pengurusa Kualiti MS ISO di PPD Sabak Bernam akan diaudit oleh pihak SIRIM QAS mengikut ketetapan berikut:

Tarikh     : 24 dan 25 September 2014
Hari         : Rabu dan Khamis

Semua proses kerja bagi dokumen kualiti JPNS-PPD Selangor akan diaudit bagi memastikan ia diikuti seperti yang ditetapkan.

Pihak juru audit boleh membuat semak silang (cross check) ke sekolah sebagai salah satu kaedah untuk mendapatkan kepastian terhadap pelaksanaan proses kerja.

Untuk itu, sekolah diminta mengemaskini fail/rekod semasa berurusan dengan PPDSB. Antaranya ialah :
a) Pengurusan Sekolah
b) Pemantauan
c) Pengurusan Data
d) Kawalan Keselamatan
e) Pembersihan Kawasan dan Bangunan

Sekian dimaklumkan.