SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI : SAY WHAT YOU DO, DO WHAT YOU SAY PEMANTAPAN PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

11 August 2016

Anugerah Inovasi dan Kualiti PPDSB Tahun 2016

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

1. Pada tahun 2015, Majlis Anugerah Kualiti dan Kecemerlangan PPDSB telah ditangguhkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Baca DI SINI.


2. Pada tahun 2016, pengiktirafan kepada sekolah-sekolah dalam daerah yang telah mencapai kecemerlangan dalam pengurusan pentadbiran, akademik, koakademik dan kokurikulum akan diadakan semula.

3. Pada tahun ini, terdapat sedikit pembaharuan dari segi format penganjuran dan pemilihan penerima anugerah jika dibandingkan dengan format yang terdahulu.

4. Pemilihan penerima anugerah adalah berdasarkan data dan kejayaan tertinggi yang telah diterima oleh pihak sekolah bagi tahun 2015 dan 2016. Ini dapat meminimakan aktiviti pemantauan / penilaian ke sekolah seperti kelazimannya.

5. Ringkasnya, pihak sekolah diminta menghantar Profil Kecemerlangan Sekolah kepada pihak urus setia untuk dinilai dan seterusnya menentukan penerima anugerah bagi bidang-bidang yang dinyatakan, termasuk juga pengiktirafan kepada inovasi dan kreativiti yang dihasilkan.

Maklumat lanjut akan disampaikan dari semaa ke semasa. Terima kasih.