SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI : SAY WHAT YOU DO, DO WHAT YOU SAY PEMANTAPAN PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

05 September 2016

Anugerah Inovasi dan Kualiti : Maklumat Umum

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

1. PPD Sabak Bernam akan mengadakan Majlis Anugerah Inovasi dan Kualiti (MAIK) pada tahun ini.


2. Tarikh MAIK telah ditetapkan pada 27.10.2016, bersamaan hari Khamis mulai pukul 8.00 pagi di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar.

3. Tujuan :
    a) Mengiktiraf pencapaian / kemenangan sekolah-sekolah dalam aktiviti/program anjuran KPM, JPN, dan PPD.
   b) Menyuburkan aktiviti inovasi dan kreativiti dalam kalangan warga sekolah.
   c) Menggalakkan penglibatan / penyertaan sekolah dalam aktiviti / program ke arah kecemerlangan.

4. Kaedah pelaksanaan : Anugerah diberi kepada sekolah yang telah mencapai kemenangan / pengiktirafan bagi tahun 2015 dan 2016.

5. Kriteria anugerah :
    a) Pencapaian terbaik dalam peperiksaan awam.
    b) Pencapaian dalam pengurusan sekolah.
    c) Pencapaian dalam aktiviti inovasi dan kreativiti.
    d) Pencapaian dalam aktiviti koakademik.
    e) Pencapaian dalam aktiviti sukan dan permainan.
    f) Pencapaian dalam aktiviti unit beruniform.
    g) Lain-lain pencapaian / pengiktirafan oleh agensi yang dibenarkan.

6. Tindakan sekolah :
    a) Semua sekolah diminta melengkapkan Profil Kecemerlangan Sekolah. Profil Kecemerlangan Sekolah merupakan sebuah fail kulit keras yang mengandungi senarai aktiviti yang telah disertai oleh pihak sekolah dan telah mencapai kemenangan / pengiktirafan bagi kriteria yang dinyatakan dalam perkara 5 di atas. Setiap kemenangan / pengiktirafan yang telah dicapai, mestilah dapat dibuktikan dengan mengemukakan salinan dokumen sokongan yang berkaitan dan dimasukkan bersekali dalam folder Profil Kecemerlangan Sekolah.
   b) Borang Profil Kecemerlangan Sekolah hendaklah ditandatangani oleh PGB. Semua dokumen sokongan yang menjadi bukti pencapaian seperti sijil, surat, dan sebagainya hendaklah disahkan oleh PGB/GPK.
   c) Bagi penyertaan dalam bidang inovasi dan kreativiti, pemilihan adalah berdasarkan kepada usaha-usaha sekolah membudayakan amalan inovasi yang memberi manfaat ke arah kemajuan dan kecemerlangan sekolah, terutamanya dalam pengurusan dan pencapaian akademik.
   d) Setelah lengkap, folder Profil Kecemerlangan Sekolah dikemukakan kepada urus setia MAIK; Unit Pengurusan Kualiti PPD Sabak Bernam, pada atau sebelum jam 4.00 petang 30.9.2016.

("Softcopy" pengurusan folder Profil Kecemerlangan Sekolah akan disediakan oleh pihak urus setia - dihantar melalui e-mel rasmi sekolah)

7. Kerjasama semua sekolah amat diharapkan bagi memastikan MAIK pada tahun ini dapat berjalan dengan lancar. Terima kasih.