SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI : SAY WHAT YOU DO, DO WHAT YOU SAY PEMANTAPAN PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

14 September 2011

Persediaan Sekolah Menghadapi Audit Dalaman

1. Pada kali ini saya akan cuba menerangkan tentang persediaan yang perlu dilakukan oleh sekolah kualiti bagi menghadapi proses Audit Dalaman. Ini bagi memudahkan pihak sekolah dan pihak juru audit dalam melaksanakan keperluan ISO ini.

2. Secara amnya, proses Audit terbahagi kepada 3 peringkat iaitu:
   a) Sebelum Proses Audit
   b) Semasa Proses Audit
   c) Selepas Proses Audit


3. Sebelum Proses Audit: Sekolah Kualiti hendaklah bersedia dengan perkara-perkara berikut:
   a) Memaklumkan kepada semua warga sekolah. Tindakan : Wakil Pengurusan dan Pengurus Kualiti Sekolah.
   b) Memastikan semua dokumen dan rekod kualiti telah dikemaskini. Tindakan : Semua Guru
   c) Menyediakan buku atur cara / jadual audit. Tindakan : Pengurus Kualiti / Setiausaha Pasukan Petugas Kualiti
   d) Menyediakan tempat/bilik menjalankan mesyuarat bersama pasukan juru audit. Tindakan : Pengurus Kualiti / SU
   e) Menyediakan fail poket untuk kegunaan juru audit yang berisi borang SPSK PK 14/1 ( 1 salinan ), SPSK PK 14/2 (5 salinan), SPSK PK 14/3 (5 salinan), SPSK PK 14/4 (1 salinan) dan SPSK PK 14/5 (1 salinan) Tindakan : Pengurus Kualiti / SU

4. Semasa Proses Audit. Sekolah Kualiti hendaklah bersedia dengan perkara-perkara berikut:
   a) Proses Audit dimulakan dengan Mesyuarat Pembukaan dan diakhiri dengan Mesyuarat Penutupan yang dihadiri oleh semua warga sekolah dan pasukan juru audit. Tindakan : Wakil Pengurusan / Pengurus Kualiti
      Walau bagaimanapun, pastikan juga murid sekolah berada dalam keadaan terkawal.
   b) Menyediakan tempat dan memberitahu kepada auditee (guru berkenaan) diaudit sama ada di bilik mesyuarat atau bilik khas. (Audit akan dijalankan serentak) Tindakan : WP / Pengurus Kualiti / SU
   c) Memberitahu kepada auditee agar berbincang dengan juru audit dan mencapai keputusan bersama. Tindakan : WP / Pengurus Kualiti

5. Selepas Audit. Sekolah Kualiti hendaklah bersedia dengan perkara-perkara berikut:
   a) Mengambil tindakan pembetulan dengan segera ke atas saranan penambahbaikan/ teguran juru audit. Tindakan : Pasukan Petugas Kualiti Sekolah
   b) Merancang dan melaksanakan tindakan pencegahan terhadap saranan penambahbaikan/ teguran juru audit supaya ia tidak berulang lagi pada masa akan datang. Tindakan : Pasukan Petugas Kualiti Sekolah

6. PPD Sabak Bernam berharap proses audit akan dapat dijalankan dengan lancar dan mencapai objektifnya, insyaallah.

Semoga maju jaya.