SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI : SAY WHAT YOU DO, DO WHAT YOU SAY PEMANTAPAN PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

13 September 2011

Audit Dalam Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti 2011

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

 1. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kepada semua murid Tahun 6 sekolah-sekolah daerah Sabak Bernam. Insyaallah semua murid dapat menjawab dengan baik dan seterusnya memberi keputusan yang cemerlang kepada sekolah dan daerah. Tahniah kepada semua warga guru di sekolah yang bertungkus lumus menyediakan minda dan fizikal murid bagi menghadapi peperiksaan ini.

 2. Audit Dalam Sistem Pengurusan Kualiti bagi sekolah-sekolah yang terlibat telah dirancang dan akan dilaksanakan mengikut jadual. Insyaallah pada 28 dan 29 September ini, pasukan Juru Audit Dalam Pejabat Pelajaran Daerah Sabak Bernam akan melaksanakan proses audit di SK Bagan Terap dan kemudiannya di SK Batu 38. Tujuan Audit Dalam ini adalah untuk mengenalpasti sejauhmana SPSK yang diamalkan dipatuhi dan dijalankan di sekolah dengan merujuk kepada dokumen dan rekod yang dihasilkan.

3. Surat mengenai perkara ini telah disampaikan kepada semua sekolah kualiti dan diharapkan sekolah dapat memaklumkan kepada semua warga sekolah dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya. 


 4. Catatan akan datang akan menghuraikan apakah tindakan pihak sekolah bagi menghadapi proses audit ini dari segi pengurusan dan pentadbirannya. Oleh yang demikian, sekolah tidak perlu khuatir dengan kehadiran juru audit dalam ini kerana mereka datang ke sekolah untuk menghulurkan bantuan. 


 Sekian, selamat berjaya.