SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI : SAY WHAT YOU DO, DO WHAT YOU SAY PEMANTAPAN PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

05 September 2011

Status Pensijilan MS ISO 9001:2008 JPNS/PPD Selangor

Assalamualaikum w.b.t, Selamat Hari Raya dan salam sejahtera.

1. Pada catatan yang lepas saya telah memaklumkan bahawa semasa proses audit pemantauan oleh pihak SIRIM QAS yang lalu, Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) PPD Sabak Bernam telah menerima 2 saranan penambahbaikan / OFI. Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Wakil Pengurusan dan seluruh pegawai dan kakitangan PPDSB kerana tidak membuka ruang kepada juru audit SIRIM untuk menjumpai sebarang ketidakpatuhan / NCR.


2. Untuk pengetahuan semua, pihak SIRIM secara keseluruhannya telah menemukan 3 ketidakpatuhan / NCR dalam SPK JPNS/PPD Selangor. PPD Sepang, PPD Klang dan Jabatan Pelajaran Selangor masing-masing menyumbang 1 NCR dan beberapa saranan penambahbaikan / OFI.


3. Mengenai status pensijilan ISO, pihak SIRIM telah menetapkan tempoh masa sebulan mulai tarikh 26 Ogos 2011 bagi pihak JPN Selangor menjawab 3 NCR tersebut. Jika pihak SIRIM berpuashati dengan tindakan pembetulan, pencegahan dan kawalan yang diambil, dan NCR telah ditutup, maka JPNS dan PPD seluruh Selangor dapat meneruskan pengiktirafan ISO yang telah diberikan. 



4. Apa yang penting ialah Sistem Pengurusan Kualiti JPNS dan PPD Selangor berada pada kitaran yang betul, sempurna dan memenuhi piawaian yang telah ditetapkan dan disahkan oleh pihak SIRIM dan bertaraf antarabangsa.

Semoga SPK dapat memberi manfaat kepada semua.

Sekian, jumpa lagi.



SIJIL PENGIKTIRAFAN DARI SIRIM QAS