SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI : SAY WHAT YOU DO, DO WHAT YOU SAY PEMANTAPAN PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

27 February 2014

Pengisian Pembinaan Perancangan Strategik Sekolah

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.


1. Pembinaan Perancangan Strategik Sekolah daerah Sabak Bernam bagi tempoh 2014-2016 akan dijalankan pada 2 dan 3 Mac 2014 di Marina Cove Resort, Lumut melibatkan Pengetua dan Guru Besar sekolah.

2. Pemimpin sekolah akan dibimbing oleh En. Mohd Khaidir bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Jaminan Kualiti Jabatan Pendidikan Selangor serta dibantu oleh Ketua-ketua Unit PPDSB dalam menghasilkan Perancangan Strategik yang lengkap agar seiring dengan perancangan JPN dan PPDSB.
3. Pengetua dan Guru Besar akan dibahagikan kepada bebarapa kumpulan kerja mengikut bidang-bidang yang akan ditentukan oleh pihak urus setia.

4. Slot pertama, pada 2.3.2014 mulai 10.30 pagi, sesi taklimat umum oleh penceramah berkaitan keperluan dan objektif pembinaan Perancangan Strategik dalam organisasi. Diikuti dengan bengkel kerja secara berkumpulan pada sebelah petangnya. Pada peringkat ini peserta diminta membina jadual 1 (Pelan Strategik) dan jadual 2 (Pelan Tindakan).(Komputer riba diperlukan)

5. Pada 3.3.2014, wakil-wakil kumpulan akan membentangkan draf Perancangan Strategik yang dibina, dibincangkan oleh semua peserta dan diulas oleh penceramah. Jika ada penambahbaikan, kumpulan akan mengambil tindakan pemurnian/penambahbaikan.

6. Jika semua kumpulan telah membuat pembentangan dan mengambil tindakan penambahbaikan (jika perlu), softcopy Perancangan Strategik Sekolah hendaklah diserahkan kepada urus setia untuk diedarkan kepada semua sekolah.

7. Apabila kembali ke sekolah, tuan/puan diminta menyebarluas kepada warga sekolah dan membina PS sekolah masing-masing berdasarkan draf PS yang dikumpulkan.

8. Sekian, selamat berbengkel.

--------------------------------------------------------
Dapatkan Bahan Pembinaan PS Sekolah  DI SINI