SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI : SAY WHAT YOU DO, DO WHAT YOU SAY PEMANTAPAN PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

17 February 2014

Taklimat dan Bengkel Perancangan Strategik Sekolah

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.


1. Terlebih dahulu kami memohon maaf atas penangguhan bengkel sama yang sepatutnya diadakan pada 17.12.2013 - Rujuk di sini.

2. Namun, PPD Sabak Bernam tetap berusaha agar bengkel tersebut dapat diadakan supaya pihak sekolah dapat merangka perancangan secara bersistematik bagi memajukan sekolah.

3. Untuk itu, Unit Latihan PPDSB akan menganjurkan Bengkel Kerja Peningkatan Profesionalisme Pegawai (Pengetua dan Guru Besar) dengan memasukkan slot Pembinaan Perancangan Strategik Sekolah dalam jadual program.

4. Bengkel akan diadakan seperti ketapan berikut:
    a. Tarikh    : 2 dan 3 MAC 2014
    b. Tempat  : Marina Cove Resort, Lumut
    c. Penceramah : En. Mohd Khaidir bin Abdullah
                             Ketua Penolong Pengarah, Sektor Jaminan Kualiti
                             Jabatan Pendidikan Selangor

5. Jika sekolah telah merangka Perancangan Strategik Sekolah, sila bawa semasa menghadiri bengkel tersebut.

Semoga perancangan memajukan sekolah dapat direalisasikan dan semoga berjaya.