SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI : SAY WHAT YOU DO, DO WHAT YOU SAY PEMANTAPAN PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

29 October 2012

Perincian Instrumen Pemantauan Kendiri SPSK - Seksyen 5

1. Item B (1) Mewujudkan / Melantik ahli Pasukan Petugas Kualiti Sekolah (PPK) - Sekolah perlu melantik Pasukan Petugas Kualiti (PPK) yang terdiri daripada guru dan kakitangan sokongan sekolah untuk merancang, memantau dan menilai pelaksanaan SPSK di sekolah. Pasukan Petugas Kualiti berperanan besar dalam menentukan hala tuju SPSK sekolah.


2. Item B (2) Mengadakan Mesyuarat Pasukan Petugas Kualiti - Untuk menjayakan peranannya dalam memastikan SPSK dijalankan di sekolah, Pasukan Petugas Kualiti perlulah bermesyuarat secara berkala, sekurang-kurangnya 3 kali setahun. Mesyuarat yang berkualiti perlu diadakan bagi mengenalpasti sebarang kekurangan, kelebihan dan seterusnya membuat penambahbaikan secara berterusan.

3. Item B (3) Menyediakan Carta Organisasi PPK Sekolah - Carta Organisasi PPK perlu disediakan mengikut kreativiti sekolah berdasarkan garis panduan pada muka surat 38 Manual Kualiti. Carta ini menerangkan mengenai tanggungjawab dan kuasa semua ahli pasukan dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Carta Organisasi PPK hendaklah diperbanyak dan dipamerkan di tempat-tempat strategik.

4. Item B (4) Mewujudkan visi, misi, dasar dan objektif kualiti serta piagam pelanggan - Untuk makluman, Visi dan Misi sekolah dalam daerah adalah standard iaitu, "Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang" dan "Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti". Sekolah hanya perlu menggubal dasar dan objektif kualiti (jika masih belum ada) dan mengemaskini piagam pelanggan sekolah. Dasar kualiti, objektif kualiti dan piagam pelanggan boleh berubah mengikut keperluan semasa.

5. Item B (5) Penerangan tentang peranan dan tugas ahli PPK - Semua ahli PPK perlu tahu peranan dan tanggungjawab masing-masing agar pelaksanaan SPSK lebih teratur dan sistematik. Guru-guru juga perlu tahu peranan PPK supaya mereka boleh bertanya atau memberi maklum balas kepada pihak yang betul.

6. Item B (6) Mewujudkan kaedah komunikasi dalam organisasi - Pengurusan sekolah hendaklah menentukan kaedah bagi menyampaikan maklumat kepada warga sekolah agar aktiviti sekolah dapat dijalankan dengan lancar. Kelewatan atau kegagalan mendapat maklumat akan menyebabkan program sekolah terganggu dan merugikan. Kaedah penyampaian maklumat seperti melalui memo dalaman, notis, e-mel, mesyuarat dan seumpamanya.

7. Item B (7) Memantau pelaksanaan SPSK dari masa ke semasa - Sudah menjadi tanggungjawab Pengetua/Guru Besar dan Guru-guru Penolong Kanan memantau perjalanan SPSK di sekolah. Dapatkan maklumat dari ahli pasukan petugas kualiti, analisis dan sampaikan dalam Mesyuarat Pengurusan Sekolah. Jadikan Laporan SPSK sebagai salah satu agenda mesyuarat. 

Sekian, jumpa lagi..