SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI : SAY WHAT YOU DO, DO WHAT YOU SAY PEMANTAPAN PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

16 October 2012

Mesyuarat Pasukan Petugas Kualiti Sekolah - Akhir Tahun

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.


1. Terima kasih kepada pengurusan sekolah SPSK Fasa 1 dan Fasa 2 yang telah memberi kerjasama yang sungguh memuaskan semasa sesi bimbingan dan pemantauan yang lalu. Sesungguhnya sesi bimbingan dan pemantauan amat diperlukan sebagai suatu kaedah pemastian terhadap pematuhan proses kerja yang ditetapkan.

2. Sepanjang melaksanakan SPSK ini, ada kemungkinan terdapat isu-isu yang ditimbulkan oleh guru atau kakitangan sokongan. Jangan panik dengan isu yang dikemukakan kerana sebenarnya ia adalah proses yang amat diperlukan bagi menambahbaik sistem yang diamalkan.

3. Semua isu yang ditimbulkan boleh dikemukakan untuk perhatian dan tindakan penambahbaikan oleh pihak JPNS selaku pemilik dokumen. Namun perlulah disalurkan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

4. Kumpul semua isu yang berbangkit dan bincang dalam Mesyuarat Pasukan Petugas Kualiti Sekolah pada akhir tahun ini. Pembawa isu hendaklah mengemukakan isu dengan hujah yang menyokong isu tersebut dan mesyuarat hendaklah membuat keputusan untuk dikemukakan kepada JPNS melalui PPD.

5. Ini bermakna, Mesyuarat Petugas Kualiti Sekolah hendaklah diadakan bagi membuat penilaian terhadap keberkesanan SPSK di sekolah dan seterusnya mengemukakan cadangan-cadangan penambahbaikan.

6. Kebijaksanaan pihak sekolah mengurus tadbir pelaksanaan SPSK amat dituntut bagi memastikan ia mencapai objektif seperti yang diharapkan.

Salam hormat.