SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI : SAY WHAT YOU DO, DO WHAT YOU SAY PEMANTAPAN PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

23 October 2012

Perincian Instrumen Pemantauan Kendiri SPSK - Seksyen 4

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.


1. Di kesempatan ini saya ingin merakamkan terima kasih dan penghargaan kepada semua Pengetua dan Guru Besar serta wakil sekolah yang turut serta memeriahkan Majlis Anugerah Kualiti dan Kecemerlangan PPDSB 2012 yang lalu.

2. Tahniah kepada semua sekolah yang telah menerima anugerah masing-masing dan diharap dapat meneruskan kecemerlangan dan kejayaan ini pada masa yang akan datang. Kepada sekolah yang telah mencuba tetapi tidak berjaya, diharap tidak berputus asa dan cuba lagi pada tahun depan.

3. SPSK telah dilancarkan secara rasmi dalam Majlis Anugerah Kualiti dan Kecemerlangan 2012 di hadapan tuan/puan Pengetua dan Guru Besar sekolah daerah Sabak Bernam. Marilah bersama-sama mengaplikasikan SPSK secara berkesan dalam segenap pengurusan demi kecemerlangan sekolah.

4. Berikut adalah perincian terhadap Instrumen Pemantauan Kendiri Pelaksanaan SPSK (SPSK/PPDSB/Kendiri_01) sebagai panduan dan makluman semua. Seksyen 4 ialah berkaitan dengan Sistem Pengurusan Kualiti yang diamalkan, meliputi dokumen dan rekod kualiti. Pihak sekolah bukan sekadar menanda 'ada' atau 'tiada' sahaja pada ruangan yang disediakan, tetapi perlu berdasarkan keadaan sebenarnya.

5. Item A (1) Menggunakan Dokumen Kualiti SPSK 'on-line' - Pastikan semua warga sekolah telah dimaklumkan tentang laman web http://www.moe.gov.my/jpnselangor/kualitiv2/ yang mengandungi dokumen kualiti yang menjadi garis panduan pelaksanaan SPSK ini. Persoalannya, bagaimana sekolah memastikan semua guru melayari laman web tersebut?

6. Item A (2) Mewujudkan fail pengurusan SPSK - Rekod surat-menyurat berkaitan pelaksanaan SPSK hendaklah diwujudkan. Ringkasnya, satu fail putih (Am 435 - Pin 1/80) hendaklah dibuka dan didaftarkan dalam sistem fail di sekolah masing-masing.

7. Item A (3) Menyediakan folder/fail tegak secukupnya - Semua dokumen pelaksanaan SPSK hendaklah disimpan selamat dan mudah dikemukakan apabila diminta. Selain daripada fail putih (Am 435 Pin 1/80), dokumen juga boleh disimpan dalam folder/fail tegak mengikut kesesuaian kandungan. Penyediaan folder / fail tegak secukupnya akan memudahkan pengamalan sistem ini.

8. Item A (4) Fail-fail diselenggara mengikut pekeliling - Semua fail sekolah hendaklah diselenggara mengikut pekeliling yang sedang berkuat kuasa iaitu Pekeliling Perkhidmatan Bil 5/2007. Pantau aspek pendaftaran fail, penyelenggaraan fail dan pelupusan fail seperti yang dikehendaki dalam pekeliling tersebut.

9. Item a (5) Merujuk sumber maklumat SPSK - Pastikan semua warga sekolah melayari blog http://sekolahkualitisabakbernam.blogspot.com/ untuk mendapatkan maklumat berkaitan SPSK. Jika semua pihak memainkan peranan masing-masing, InsyaAllah SPSK bukan sesuatu yang sukar untuk diaplikasikan.

Sekian, jumpa lagi..